top of page

About Aziezul Hakeem

Mak Kata Aku Ni Anak Bertuah

 

Ya... saya memang anak bertuah.  Sebab apa?  Masa kecik-kecik aku suka bagi rosak semua barang permainan.  

 

Kalau mak beli kereta, motor, basikal mainan atau apa juga toys, aku buka bagi barai kemudian pasang balik.

 

Syok ooo bila rosak kemudian bagi elok semula.  Itu pasal mak aku suka, dia kata aku budak bertanggung jawab.  

Bertuah ler kan?

 

Lama-lama bila kengkawan tau aku boleh repair itu ini dia orang pulak suruh aku repair barang permainan dia orang punya. 

 

Dapat duit lebe bro... 

 

Pasal minat aku memperbaiki benda rosak ni, ayah selalu beli barang kat yard sale. 

 

“Nah... kau repair yang ni, jual kat kawan kau, sure dia orang nak punya.  Boleh buat duit.”

 

Duit jualan barang rekon aku simpan untuk modal belajar kat TOC. 

 

Korang tau ker TOC tu apa?. 

 

Bukan The Original Cilaka lah… kan mak aku kata aku ni anak bertuah?  Mana boleh jadi cilaka punya orang. 

 

The Otomotif College… kat PJ tu.  Pro pasal kereta.  He he he ... macam real, kan?

 

Dua tahun lebih aku belajar kat situ, sekarang aku kerja kat kedai pomen.  Nak pandaikan diri dalam hal teknikal kereta dan perniagaan. 

 

Aku kecik hati korang tau… satu hari aku balik raya, ayah pada kawan aku tanya, “Kamu belajar kat mana sekarang Zul?  Aku jawab TOC – tentang repair kereta.

 

“Haa… kau nak jadi pomen ka?”  Sungguh rendah pandangan dia pada orang yang bekerja sebagai mekanik. 

 

Tak apa… aku bukan mekanik bodor… kawan senior aku dah ada 5 bijik workshop kat Taman Megah… siap boleh pakai BMW M5 lagi bro. 

 

Sian kat pakcik ayah kawan aku tu… bangga sangat dengan anak dia masuk U belajar pasal engineering, jadi kuli terhormat kat KL, bulan-bulan tak cukup duit minta ayah-mak sapot.  M5 tak payah berangan ler.

 

Kereta rosak terkebil-kebil dan cari aku juga.  Tak per lah... aku caj jer laa... kawan, kawan juga.  Hal meniaga dengan hal kawan bukan boleh campur sangat.  Tapi flexible juga... caj tak lah sampai macam sembelih lembu korban.  Tak da kawan mana nak mari ramai customer, kan?

 

Dah tau sapa saya?.  Kalau nak minta khidmat nasihat pasal kerosakan kereta atau apa saja pasal kereta jangan segan contact saya.  Saya lebih suka e-mail dari call. 

 

Waktu kerja saya tak layan phone kecuali dari mak & ayah atau orang terdekat saja.  

 

OK... terima kasih kerana baca sampai habih... anda memang penyabar.

 

Boleh success tu.

 

Budak sekarang bukan mau baca panjang-panjang.  Itu pasal susah nak berjaya.  Perlukan fokus dan ketelitian barulah orite.  Kan?

For any questions you may
have you can reach me here
aziezulhakeem27@gmail.com

Success! Message received.

bottom of page